Tiada lagi sentuhan kasih sayang’ |
Ditulis oleh Administrator | |
Selasa, 09 Ogos 2011 23:55 | |
GURU
dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik
ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi
anak bangsa berjaya. Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat. Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri. Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi. |
|