Pages

Subscribe:
SELAMAT DATANG KE BLOG MATEMATIK SEKOLAH RENDAH - INSPIRASI MARINI

Saturday, 31 December 2011

TIADA SENTUHAN KASIH SAYANG

Tiada lagi sentuhan kasih sayang’ PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 09 Ogos 2011 23:55
GURU dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya.
Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat.

Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri.

Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...